Bersama para Asatizah dan Speaker terkemuka tanah air!

Bersama para Asatizah dan Speaker terkemuka tanah air!

Seminar Fiqh Wanita & Islam

Seminar Fiqh Wanita & Islam merupakan sebuah majlis ilmu yang fokus membincangkan, menyampaikan dan menyelesaikan isu-isu terkini berkaitan Wanita dan Islam.

Fokus Utama

Kini pelbagai persoalan dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat yang menimbulkan kekeliruan dan rasa kurang yakin untuk mengamalkan Islam. Persoalan lama sentiasa berulang ditambah dengan isu-isu terkini yang masyarakat perlukan pencerahan.

Tentatif

Seminar dua hari ini akan membincangkan 8 topik utama. Klik butang di bawah untuk tentatif penuh

DAFTAR KE SEMINAR FIQH WANITA DAN ISLAM

DAFTAR KE SEMINAR FIQH WANITA DAN ISLAM

Asatizah & Speaker

Dr. Zaharuddin Ab Rahman

Berkhidmat sebagai penolong professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga sebagai penasihat syariah di KWSP Simpanan Syariah Malaysia. Merupakan Ahli Majlis Mufti Perlis dan Ahli Majlis Perundingan Islam Malaysia. Berpengalaman besar sebagai perunding dan penasihat syariah dan muamalat di Malaysia yang mana sebelum ini terlibat sebagai perunding syariah untuk Bank Negara Malaysia dan juga FELDA Malaysia.

Ustazah Dr. Yasmin Hanani

Ustazah Dr. Yasmin Hanani merupakan seorang pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam Fiqh dan Usul Fiqh, Fiqh, Kajian Halal dan Kajian Darurah, Maslahah dan ‘Urf. Kini beliau juga mempunyai jawatan sebagai penasihat syariah di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sejak tahun 2015.

Prof Madya Dr. Basri Ibrahim

Prof Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Azhari al-Hasani merupakan seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti al-Azhar Mesir. Beliau sangat aktif dalam bidang penulisan buku dan banyak menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh didapati di pasaran.

Ustazah Dr. Hamidah Mat

Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Gajah Putih, Jitra, Kedah. Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti  al-Bayt, Jordan. Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya. Berpengalaman sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.

Dr. Maszlee Malik

Dr. Maszlee Malik merupakan seorang pensyarah di UIAM. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti al-Bayt, Jordan. Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh), Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Durham, UK pengkhususan tajuk kajian Good Governance. Kepakaran beliau adalah dalam Fiqh, Usul Fiqh, Kajian Politik Islam di Timur Tengah & Asia Tenggara dan Kajian Pascakolonial.

YAA prof adjung Dato’ Dr. mohd Na'im bin Mokhtar

YAA Prof Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar, kini merupakan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Beliau juga dilantik oleh YAB Perdana Menteri untuk menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam. Beliau juga berkhidmat sebagai panel dan ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau juga pernah dilantik sebagai Profesor Adjang oleh Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2012.

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Beliau merupakan pensyarah sejak tahun 2000 di Pusat Asasi, UIAM. Beliau adalah graduan dari UIAM dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ilmu Wahyu, minoring dalam Komunikasi, dan kemudian menyambung pengajian ke peringkat Master di UKM dalam bidang Psikologi. Kini beliau merupakan Pengarah di Fitrah Guidance & Consultancy. Syarikat beliau ini menawarkan perkhidmatan latihan, bengkel, kursus dan runding secara khusus bagi program keibubapaan.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Seorang penulis Melayu yang bercorak Islam dan dakwah. Pernah menjadi wartawan, pengarang dan Ketua Pengarang kepada banyak majalah bercorak Islam sejak daripada tahun 1986. Beliau amat aktif dalam penulisan buku Islamik, lirik-lirik lagu nasyid dan merupakan Ketua Editor kepada Majalah Solusi yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta.

TENTATIF

HARI PERTAMA

13 Mei 2017

Masa Aktiviti Penceramah
8.00am Pendaftaran bermula
8.45am Intro Oleh Pengacara Majlis
9.00am Pembentangan 1: Wanita & Islam - Benarkah
Status Wanita Lebih Rendah Daripada Lelaki?
Ustaz Dr. Zaharuddin Ab. Rahman
10.45am Rehat
11.15am Pembentangan 2: Fiqh Taharah & Persoalan Tentang Darah Wanita Prof. Madya Ustaz Dr. Basri Ibrahim
1.00pm Rehat - Solat Zohor
2.00pm Pembentangan 3: Fiqh Fesyen Dan Perhiasan Wanita Ustazah Dr. Yasmin Hanani
3.30pm Pembentangan 4: Fiqh Ibadah - Isu Solat, Zakat, Haji & Umrah Bagi Wanita Ustazah Dr. Hamidah Mat
5.00pm Bersurai

HARI KEDUA

14 Mei 2017

Masa Aktiviti Penceramah
9.00am Pembentangan 1: Fiqh Wanita Berkerjaya - Hukum, Batasan & Prioriti Ustaz Dr. Maszlee Malik
10.45am Rehat
11.15am Pembentangan 2: Wanita & Undang-Undang - Menjawab Isu Nafkah, Hak & Pembahagian Harta YAA Prof Adjung Dato’ Dr. Mohd Na'im bin Mokhtar
1.00pm Rehat - Solat Zohor
2.00pm Pembentangan 3: Wanita & Emosi - Mengapa Hati Tidak Tenang? Ustaz Pahrol Mohd Juoi
3.30pm Pembentangan 4: Kaedah Pendidikan Anak Soleh Bagi Ibubapa Berkerjaya Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
5.00pm Bersurai

TARIKH DAN LOKASI

TARIKH

  • 13-14 Mei 2017
  • Sabtu & Ahad
  • 9 pagi – 5 petang

LOKASI

  • Dewan Kuliah Utama
    Akademi Pengajian Islam
    Universit Malaya
    50603 Kuala Lumpur
    MALAYSIA
  • Klik butang di bawah untuk dapatkan lokasi melalui perisian WazePERHATIAN! Lokasi seminar daripada Dewan Muktamar JAWI ke Akademi Pengajian Islam UM terpaksa ditukar atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Akademi Pengajian Islam UM

TIKET

Harga Normal

RMRM250/Orang
  • Pendaftaran selepas 5 Mei 2017, harga akan naik kepada RM250/orang bagi pelajar atau awam

COMBO - Pelajar

RMRM140/Orang (combo)
  • Daftar 1 orang – RM250/orang
  • Daftar 2 orang ke atas – RM140/orang <– RECOMMENDED!

Daftar Sekarang!

Nikmati Sehingga 45% Diskaun khas jika daftar awal!
Kongsikan link ini kepada kawan dan keluarga.

Dapatkan diskaun ini hanya jika anda membuat pendaftaran SEKARANG!